Safah Herbs



SAFAH HERBS adalah produk yang dicipta khusus untuk merawat kulit badan seperti berparut, gelap, kusam, kasar, bersisik, tidak sekata dan lain-lain masalah kulit.

Produk ini berasaskan herba, buah, kekacang dan pelbagai sumber asli yang diformulasi dari ramuan tradisi petua zaman dulu dalam mencantik dan menjaga kesihatan kulit badan.

 Setiap produk Safah Herbs bebas dari sebarang bahan kimia, pengawet, pewarna, pewangi dan bahan penambah. Produk Safah Herbs adalah dari bahan semulajadi dan asli dan ia adalah satu anugerah dari alam pada pengguna di luar sana yang ingin menjaga kecantikan kulit tubuh badan menerusi petua tradisi yang sangat semulajadi dan selamat tanpa memberi kesan sampingan yang buruk

Kebaikan Produk Safah Herbs :

Membersih - Safah Herbs mampu membersihkan kulit dari sebarang kotoran, daki, sel-sel mati dan sebarang debu dan habuk yang mendap kedalam liang roma yang tidak mampu dibersihkan oleh sabun mandi biasa. Ia menjadikan kulit lebih bersih dan segar.

Mencerah - Produk Safah Herbs mampu mencerahkan kulit yang gelap atau parut - parut akibat faktor sinaran matahari, radikal bebas dan penuaan semulajadi seperti gelap keseluruhan kulit atau celah ketiak, peha, leher tangan ataupun kaki. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih cerah dan sekata.

Melembut - Produk Safah Herbs akan melembutkan kawasan kulit badan yang kasar, keras, bersisik dengan zat dan khasiat ramuan asli produk. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih lembut dan halus.

Memelihara - Safah Herbs dengan khasiat ramuan semulajadi mampu memelihara kecantikan dan kesihatan kulit badan dari kerosakan fakotr - faktor luaran dan pelbagai pencemaran. Kulit akan menjadi lebih baik dan sihat.

Menegang - Penggunaan produk Safah Herbs yang berterusan akan mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit serta mengurangkan garis - garis halus yang menjadi punca kepada kedutan dan kekenduran kulit.

Keistimewaan Produk Safah Herbs :

  • Produk rawatan tubuh yang ringkas namun berkesan bagi permasalahan setiap kulit pelanggan.
  • Harga yang berpatutan dan mampu dibeli serta mudah dilakukan sendiri di rumah.
  • Produk yang berkualiti tanpa pengawet, pewarna dan bahan kimia. 100% semulajadi dan bermutu serta segar.
  • Produk yang asli serta segar dari ladang. Dikeringkan dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan kesegaran dan zat vitamin.
  • Pemilihan bahan asas seperti herba, buah, kekacang yang benar2 bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit.
  • Produk yang dijamin halal tanpa was - was kerana berunsurkan 100% tumbuhan, buah dan kekacang.

Pentingnya Lulur Badan



Dalam kecantikan, melulur atau skrub didefinasikan sebagai aktiviti membuang sisa kulit mati, membersihkan sisa kotoran pada pori-pori terbuka, mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit serta meningkatkan kesihatan dari dalam. Malahan, menurut pakar kulit dari Universiti British Columbia, Prof. Dr. Jason Rivers, amalan melulur badan bukan sahaja untuk membuang sel kulit mati namun ia membantu proses peredaran darah.

Jadi, melulur adalah penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat. Mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa dalam tempoh 2 -3 minggu, akan berlaku pertumbuhan sel kulit baru diseluruh tubuh kita. Tetapi, pertumbuhan itu sering terganggu kerana kita tidak membuang sisa kulit mati pada tubuh kita terlebih dahulu. Akhirnya, kulit akan menjadi tidak mermaya, kusam dan kotor. Itu sebabnya kulit akan kelihatan lesu dan tidak sekata kerana penghasilan kulit baru yang sihat terbantut dek kemalasan kita melulur. 

Marilah kita melulur badan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu dan jadikan ia amalan bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Kulit Cantik dengan Khasiat Kelapa

Sejak dahulu kita telah ketahui bahawa santan mempunyai pelbagai kebaikan dalam makanan mahupun dalam kecantikan. Selain untuk kulit cantik, Santan turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang cantik dan rambut lebat bersinar.

Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.

Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu.. ini lah kebaikan dan khasiat pada lulursantan yang akan di paparkan di sini..

Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga bolehmegurangkanb kesan kegelapan kulit apabila berjemur.

Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotosan yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.

Kaedah Lulur Santan

* Sebelum melakukan rawatan lulur santan, kulit akan di analisis untuk memastikan rawatan yang sesuai.
* Lulur santan akan di oleskan padan badan dari atas bahu hingga ke tapak kaki.
* Badan akan di bilas dengan air suam.
* Kemudian serbuk susu akan di sapu pada keseluruhan badan
* Setelah itu urutan daripada kaki hingga ke kepala.
* Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
* Selalunya anda akan di berikan dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.

Kebaikan Lulur Santan

* menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
* Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
* Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
* Mengurangkan tekanan & keletihan.
* Mengekalkan tenaga.
* Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
* Memperbaiki tekstur kulit.
* Mengurangkan dehidrasi

**Di petik dari Majalah Rapi Nov 15 2009