Dalam kecantikan, melulur atau skrub didefinasikan sebagai aktiviti membuang sisa kulit mati, membersihkan sisa kotoran pada pori-pori terbuka, mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit serta meningkatkan kesihatan dari dalam. Malahan, menurut pakar kulit dari Universiti British Columbia, Prof. Dr. Jason Rivers, amalan melulur badan bukan sahaja untuk membuang sel kulit mati namun ia membantu proses peredaran darah.
Jadi, melulur adalah penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat. Mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa dalam tempoh 2 -3 minggu, akan berlaku pertumbuhan sel kulit baru diseluruh tubuh kita. Tetapi, pertumbuhan itu sering terganggu kerana kita tidak membuang sisa kulit mati pada tubuh kita terlebih dahulu. Akhirnya, kulit akan menjadi tidak mermaya, kusam dan kotor. Itu sebabnya kulit akan kelihatan lesu dan tidak sekata kerana penghasilan kulit baru yang sihat terbantut dek kemalasan kita melulur.
Marilah kita melulur badan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu dan jadikan ia amalan bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
No comments:
Post a Comment